Monday, August 24, 2015
Ketagihan Gula?
Pernahkah terlintas dalam minda bahawa anda mungkin mengalami masalah ketagihan gula? Ketagihan rokok, coca-cola biasalah. Tapi ketagihan gula mungkin janggal, kan? Ketagihan gula ialah satu masalah yang besar kerana tabiat ini boleh membawa mudarat yang besar dalam hidup kita. Bermula dengan peningkatan berat badan dan kemudian diikuti oleh penyakit kencing manis. Oleh yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Jika anda was-was, akak sediakan satu siri soalan yang mungkin boleh memberi pencerahan ke atas masalah terlindung ini..
1. Anda teringin untuk makan walaupun anda sebenarnya tidak lapar. Cuma mengidam atau 'craving'.
2. Anda risau tentang keperluan anda untuk mengurangkan beberapa jenis makanan.
3. Anda berasa keletihan dan tidak bermaya akibat terlalu banyak makan.
4. Anda menghadapi masalah kesihatan atau masalah sosial (yang menjejaskan persekolahan dan pekerjaan) akibat isu pemakanan tetapi anda tetap dengan tabiat anda walaupun sedar akan kesan buruknya.
5. Anda perlu lebih banyak makanan yang anda idamkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi kepuasan diri atau bagi mengurangkan emosi yang negatif.
Friday, May 25, 2012
Melangsingkan Badan Tanpa Rasa Lapar!!!
Sedang mencari produk yang paling berkesan untuk melangsingkan badan secara semulajadi?Selepas post akak yang lepas, akak telah menerima banyak soalan daripada pembaca tentang produk terbaru yang akak telah cuba sendiri. Ini ceritanya..
Acaiberi (Acai Berry)
Buah yang ditemui tumbuh secara semulajadi di kawasan tengah dan selatan America dan Brazil ini adalah sejenis buah yang mendapat liputan yang sangat meluas pada masa kini. Buah Acai beri dipercayai dapat memberi kebaikan yang luar biasa terhadap kesihatan manusia.
Buah ini dapat memberi kesan penyahoksidaan yang tinggi, justeru dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan, mengurangkan risiko serangan kanser dan mengubati banyak masalah kesihatan.
Banyak kawan-kawan akak yang telah mencuba produk ini dan ternyata sangat berkesan. Selain mengawal selera makan,produk ini membantu membakar lemak secara semulajadi. Terdapat beberapa kawan akak yang melaporkan bahawa mereka kehilangan 3KG dalam masa sebulan, tapi akak (mungkin sebab semangat akak lebih kuat dan pengamalan gaya hidup sihat) mampu menurunkan 6KG dalam satu bulan.
Cuma RM10 sehari + senaman ringan + menambahkan pengambilan makanan berserat tinggi untuk menghilangkan 6Kg dalam satu bulan.
Dapatkan produk ini sekarang juga..
Monday, March 19, 2012
Kate Middleton..Nafas Berbau Akibat Kuruskan Badan?
breath.
Oleh sebab kekurangan karbohidrat dalam badan (kerana program menguruskan badan yang paling berkesan ialah mengurangkan pengambilan karbohidrat atau langsung meyingkirkan karbohidrat dari senarai 'menu' harian untuk satu jangka masa tertentu), badan kita mula membakar lemak dan protin badan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan. Akibat proses yang berlaku ini, nafas kita akan menjadi berbau.
Masalah ini bukanlah masalah kebersihan mulut, maka segala kerja-kerja memberus, 'mengorek' atau menge'flos' tidak akan menyelesaikan masalah ini. Langsung tidak akan berhasil...
Satu-satunya cara untuk mengurangkan masalah ini ialah membuat perubahan ke atas program 'diet' anda. Samaada menukar program 'diet' atau sekurang-kurangnya mengambil sedikit karbohidrat dalam pemakanan harian.
Friday, March 9, 2012
Melangsingkan Badan Secara Semulajadi
Selamat pagi semua.. akak ada berita baik untuk 'disiarkan'... Akak sudah 'buang' 5KG dari badan akak sejak sebulan yang lalu. Akak baru berhenti menyusu sejak sebulan yang lalu, jadi sudah tiba masanya untuk akak lancarkan projek akak yang seterusnya- untuk 'membuang spare-tayar'..Pengambilan makanan berprotin tinggi boleh membantu mengurangkan selera makan, sekali gus membantu dalam proses penurunan berat badan. Anda boleh makan daging lembu dan ayam tanpa lemak ataupun pengambilan daging ikan. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh mendapat kebaikan daripada kandungan protin dalam makanan tersebut, malah membantu menurunkan berat badan serta lemak dalam badan!
Biar akak terangkan kebenaran kenyataan ini:
1. Kajian dari seluruh dunia menunjukkan bahawa protin amat berguna untuk mengurangkan kelaparan, membina Jisim Indeks Tubuh (Body building mass=BMI), sekaligus membantu dalam proses mengurangkan berat badan.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa pemakanan yang mengandungi protin yang tinggi membantu dalam proses pembakaran lemak selepas makan.
3. Kajian menunjukkan bahawa individu yang memperoleh kalori harian melalui protin (dan bukan melalui karbohidrat) boleh membakar lebih banyak lemak dan menghasilkan lebih banyak otot.
4. Badan kita mengambil masa yang lebih lama untuk menghadamkan protin berbanding dengan jangka masa yang diperlukan untuk menghadam gula ringkas dan karbohidrat. Oleh sebab protin yang diambil berada dalam badan lebih lama, anda akan berasa kenyang sepanjang masa. Itu sebabnya protin boleh membantu anda mengurangkan berat badan, tidak kira jenis rancangan 'diet' yang anda gunakan.
Secara semulajadi, kita bukan sahaja boleh menambahkan pengambilan daging kurang lemak dalam pemakanan harian kita, namun, makanan seperti kacang, telur, keju dan banyak lagi juga boleh membantu kita mencapai objektif yang sama. Pengambilan tepung protin juga boleh membantu kita meningkatkan pengambilan protin harian kita.
Yang demikian, janganlah kita lupa tips penting ini apabila kita bercadang untuk melangsingkan badan. Anda pasti sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Inginkan bantuan tambahan? Produk dari bahan semulajadi yang meningkatkan proses melangsingkan badan: Thinsactive membantu dalam proses membakar lemak lebihan, menyekat penyerapan kalori dari makan berkanji, dan merangsang proses metabolik badan. Dapatkan 'offer' terbaru daripada Penang Apotek. Offer khas Hari Raya.
Wednesday, February 9, 2011
Bernafas Boleh Mengurangkan Lemak Badan?
Selamat pagi semua.. Salam pagi Hari Rabu...
Masih ingat post akak yang lepas: Makin Stress Badan Makin Naik? Post kali ni akak nak kongsikan pula tentang rahsia mengurangkan tekanan. Biar akak senaraikan:
Wednesday, August 11, 2010
Makin stress, badan makin naik
Oh.. ok, pasal orang berkonvo. Ya, akak perasan banyak juga teman akak yang dah bekerja sekurang-kurangnya 2 atau tiga tahun, kalau dibanding dengan gambar-gambar mereka waktu konvo.. Walao..(kata orang cina) sudah mengembang loh!!!! Akak pernah sibuk dok berfikir sebabnya sejak beberapa tahun yang lalu.. tapi akhirnya akak jumpa juga rahsia masalah ini...
b) pengambilan 'suplement' yang bersesuaian seperti: Beautisleep, LeyShape dan yang terbaharu- Thinsactive-3 produk yang akak sudah cuba dan rekomenkan.
Thursday, July 22, 2010
Teringin menjadi kurus seperti .....Angelina Jolie?
Sebut saja nama Angelina Jolie, atau Bradgelina..banyak yang tersenyum tidak kurang juga yang mengutuk. Begitulah ragam manusia. Kita tidak dapat memuaskan hati setiap insan. Setiap insan punya penerimaan dan pendapat berbeza, baik dari segi pemilihan warna tuala mandi hinggalah pasangan hidup. Semasa akak sibuk melayari internet tempoh hari, akak terbaca satu website tentang tayangan primer Salt yang dibintangi oleh celebrity popular: Angeline Jolie.Banyak yang memberi komen tentang bentuk badan Angelina yang terlalu kurus melidi. Kadang-kala akak pun kurang faham dengan 'trend' masa kini yang mengagung-agungkan bentuk badan yang melidi seperti ini. Akak tak salahkan orangnya, apatah lagi si golongan designer yang mempopularkan 'trend' begini dalam masyarakat dunia tapi akak berpendapat bahawa menguruskan badan perlu kena caranya. Ada tips-tips amat penting dan perlu dititikberatkan semasa ber'diet' untuk mengelakkan masalah kesihatan yang memudaratkan pada kemudian hari.
Pernah tak anda dengar cara menguruskan badan cara Hollywood? Caranya cepat dan berkesan untuk jangka masa yang singkat.
Badan manusia memerlukan kandungan minyak dalam pemakanan kita untuk melarutkan vitamin A, D, E dan K. Kegagalan mengambil makanan tanpa minyak akan menyebabkan badan kita kekurangan vitamin A yang amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat. Akibatnya, badan akan mudah jatuh sakit. Daya penglihatan juga akan menjadi lemah.Kekurangan vitamin D pula akan menyebabkan kekurangan kandungan Kalsium dalam badan kerana kehadiran vitamin D amat penting untuk penyerapan Kalsium dalam badan. Ini adalah berita buruk untuk golongan wanita kerana golongan wanita yang sememangnya menghadapi risiko masalah 'osteoporosis' dan mereka yang mengamalkan program 'diet' cara lampu merah akan menghadapi risiko berlipat ganda terutamanya pada usia tua.
Kekurangan vitamin E pula akan menjejaskan kesihatan kulit dan kekurangan vitamin K akan menyebabkan masalah pendarahan, samada dalaman atau luaran.
Kuruskan badan cara sihat. All the best!
Wednesday, July 7, 2010
4 faktor kegagalan program 'diet'
Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang sering menjadi penyebab utama kegagalan program menguruskan badan..1) Kegagalan untuk memiliki kesungguhan dan tekad. 50% daripada jumlah kejayaan program menguruskan badan terletak pada sifat hati individu. Nasihat akak adalah dengan mencari sumber motivasi yang lahir dari dalam hati. Akak pernah terdengar ada segelintir wanita yang ingin mengurangkan lemak badan supaya boleh memakai jenis pakaian kegemarannya. Sebagai ganjaran, mereka akan membeli pakaian baru untuk dipakai setiap kali berjaya mencapai target bentuk badan.
2) Mengharapkan mukjizat. Individu yang melancarkan program pemakanan yang di luar jangkauan dan luar biasa cuma akan mendapati diri mereka terjatuh dalam angan-angan yang tidak kesampaian. Akak pernah terdengar segelintir kawan akak yang (*ehem.. akak sendiri pun pernah melakukan 'dosa' ini.. ) bertekad untuk menukar pemakanan mereka 180 darjah dari cara pemakanan biasa mereka. Untuk satu dua hari mungkin, tapi banyak juga yang 'give up' lepas 1 minggu. Kita perlu belajar untuk memiliki kesabaran dan jangan mengharapkan 'short-cut' dan keputusan ekspress dalam hal ini. Lagipun, mengurangkan lemak badan dalam masa yang singkat dan terlalu drastik boleh memudaratkan kesihatan kerana ini boleh merosakkan hati dan ginjal kita.
3) Rancangan menguruskan badan yang tidak berpanjangan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dalam memilih program yang paling sesuai untuk menguruskan badan ialah a) kewangan b)jenis makanan c) masa yang bersesuaian dengan cara kehidupan kita masing-masing. Program menguruskan badan yang efektif dan selamat memakan masa, jadi pemilihan cara yang sesuai dan mengikut kemampuan individu amat penting untuk memastikan program itu dapat diteruskan sehingga kita mencapai bentuk badan yang diidamkan. Apa gunanya memilih program yang mahal, tetapi disebabkan ketidakmampuan untuk meneruskan program itu, badan kita balik ke bentuk asal lebih cepat daripada jangka waktu untuk menghilangkannya sebelum itu?
Bersenam + 1 kapsul Beautisleep boleh memberi kesan yang menakjubkan untuk mengurangkan masalah lemak berlebihan yang tidak boleh diselesaikan dengan diet biasa?
Monday, July 5, 2010
Menguruskan badan pada musim bola?
Demam bola telah menyebabkan banyak peminat bola kekurangan tidur, tak kurang juga yang telah menggantikan waktu bersenam harian dengan menonton perlawanan kesukaan mereka. Adakah anda termasuk dalam golongan ini? Tahukah anda kekurangan tidur yang cukup akan menyebabkan kenaikan berat badan?Secara langsung, kekurangan tidur akan menyebabkan badan anda merembeskan lebih banyak hormon kortisol.. Hormon yang negatif ini akan menghantar isyarat ke badan kita untuk menyimpan lemak badan. Semakin banyak kortisol yang dihasilkan, semakin tinggi keberangkalian lemak akan disimpan dan peningkatan berat badan.
Selain itu, peningkatan tekanan seharian juga akan meningkatkan lagi rembesan hormon kortisol di dalam badan. Tahukah anda tips untuk mengurangkan lemak badan pada musim bola?
1) Cukupkan tidur yang berkualiti. Pakar kesihatan menyarankan kita agar mendapatkan 8 jam tidur sehari, satu terget yang amat sukar untuk dilaksanakan..
2) Kurangkan tekanan- menonton bola untuk melepaskan tekanan, elakkan diri dari membuat pertaruhan yang boleh menyebabkan tekanan yang tidak berfaedah.
Dua tips yang amat sukar untuk diamalkan? Cuba tips terakhir..
Mangambil 1 kapsul Beautisleep setiap hari untuk tidur yang berkualiti serta mengurangkan tekanan dan seterusnya mengurangkan hormon kortisol dalam badan. Sila baca testimonial. Banyak yang sudah mencubanya dan percaya dengan keberkesanannya. Sila email slimmingbeauti@gmail.com untuk tempahan segera.
Friday, June 25, 2010
Diet Ubat Gigi???
1) Toothpaste diet?? Apa benda tu? Jangan risau.. bukan nak suruh telan satu tiub ubat gigi.. Kalau adik semua tak boleh nak tahan dengan godaan makanan yang disajikan (walaupun tahu perut sudah memberi signal sudah penuh..) cepat-cepat gosok gigi dengan ubat gigi perisa pudina yang paling kuat yang boleh adik jumpa di kedai. Sebabnya begini: bila kita menggosok gigi, secara tidak langsung otak kita akan mendapat mesej yang kita sudah habis makan. Lagipun, rasa makanan akan kehilangan kesedapannya bila bercampur dengan bau pudina dalam mulut yang baru diberus. Ha.. pernah tak adik semua perasan, kita seakan-akan hilang selera makan sebaik sahaja lepas berus gigi?
2. Makan kek..itulah dosa paling besar untuk mereka yang ingin berdiet. Ha ha ha.. akak pun ada masalah ini.. (malunye..) Bagi yang suka ber 'baking', jangan risau.. cuba cari resipi kek yang menggunakan minyak sayuran untuk menggantikan 'butter'. Akak rekomenkan.. adunan muffin brand 'Nona'. Akak selalu guna prepack muffin mix "nona". Rasanya boleh ditandingkan dengan muffin Kenny Rogers..
3. Ketawa secukup-cukupnya.. walaupun jenakanya tak kelakar. Tapi berpada-pada lah, ya. Jangan sampai kekawan kita fikir kita sudah 'pening' sebab tak cukup zat akibat berdiet keterlaluan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang gembira akan memiliki cara pemakanan dan pilihan cara kehidupan yang lebih sihat serta menjauhkan kebiasaan yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman keras. Rekomen.. sekurang-kurangnya 15 minit ketawa dalam satu hari..Bersenam + 1 kapsul Beautisleep boleh memberi kesan yang menakjubkan untuk mengurangkan masalah lemak berlebihan yang tidak boleh diselesaikan dengan diet biasa?
Jika berminat untuk keterangan lanjut, sila email: slimmingbeauti@gmail.com.
Wednesday, June 16, 2010
Jennifer Lopez samaran?
Ada yang mengatakan bahawa teknik bersolek- kredit kepada 'make-up' artist JLo, ada yang mengatakan pakaiannya- kredit kepada 'image consultant'nya, tak kurang pula yang mengatakan bahawa bentuk badannya yang semakin solid - kredit kepada 'personal trainer' nya. Tiada yang tahu rahsia sebenar disebalik awet muda JLo, tapi tak kurang juga yang teringin untuk mengamalkan awet muda. Kini rahsia awet muda yang menyeluruh dari dalam telah tiba di Malaysia- ya, penemuan baru yang telah diuji dan disahkan berkesan oleh pengguna. Dengan kos paling minimum, kini anda berpeluang memiliki wajah dan tubuh yang anda idamkan. Kecantikan diri anda bermula di hujung jari anda.. klik di sini untuk membaca testimonial..
Tuesday, May 25, 2010
BEAUTISLEEP = Fat loss
• Reduce your body fat by 72%
• Increase your muscle size by 81%
• Increase your muscle strength by 88%
• Increase your exercise tolerance by 81%
• Increase your exercise endurance by 83%
• Improve energy level by 84%
• Improve healing capacity by 71%
• Improve back flexibility by 53%
• Increase your immune system by 73%
A strict diet also needs to be put in place but generally have a high protein intake. Lean meats and steamed vegetables are a good dietary choice.
Your six pack does not come over night. Remember this takes time but with constant effort you will reach your goal to lose a few pounds and get your ideal shape.
Exercise sends a wake-up call to your pituitary gland. Be active, take part in a running program or weight lifting, it will stimulate your pituitary gland to secrete higher growth hormone (hgh) levels. The way exercise works to stimulate growth hormone (hgh) is not fully understood, according to Stephen Borst and his associates at the University of Florida. They suggest such possible mediators as low blood sugar, lactate accumulation, and release of beta endorphins.
Exercise like running can promote the release of growth hormone(HGH). Running is one of the quickest way to lose fat and get your ideal shape. The increased lean body mass will stimulate your body to be more metabolically active and releases more growth hormone(HGH). Another way is to run to the point where the activity itself is growth hormone-releasing. That requires a high level of conditioning. Either slow jogging or fast running, such exercises will do wonders for your body.




