Showing posts with label KESIHATAN IBU MENGANDUNG. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN IBU MENGANDUNG. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Nenas Menyebabkan Keguguran?

"Jangan makan nenas, kak. Ada kawan bagi tahu nenas boleh menyebabkan keguguran". Itulah khalimat yang selalu akak dengar dari kenalan akak. Akak pun ada terdengar berita yang terdapat ibu mengandung yang mengalami pendarahan dan tak kurang juga yang mengalami keguguran selepas menjamah buah nenas.
Tahukah anda bahawa nenas segar (bukan nenas yang ditinkan dan dimasak) mengandungi enzim Bromelain yang boleh menyebabkan kontraksi kelahiran? Walau bagaimanapun, sistem badan yang berbeza dipercayai bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap kesan enzim ini.
Puan-puan boleh mendapat maklumat lanjut tentang maklumat ini di sini.

Monday, February 7, 2011

Petua Mengurangkan Kolestrol


Akak terima sepucuk email daripada kenalan akak akhir-akhir ini. Begitu pengakuannya:


Sebulan yang lepas Ani (bukan nama sebenar)diminta oleh doktor wanita akak untuk melakukan ujian darah. Katanya itu adalah satu prosedur yang wajib dilakukan oleh para wanita mengandung. Saya kini mengandung minggu ke-25. Alhamdullilah, sehingga kini cuma masalah orang mengandung yang biasa-biasa saja: letih, muntah-muntah..(cuma 4 - 5 bulan pertama je, kira oklah tu,kan..) Lepas dapat keputusan darah tersebut, saya mendapati tahap kolesterol saya cukup tinggi. Terlalu tinggi..hampir dua kali ganda tahap kolesterol normal. Doktor wanita saya cuma menenangkan saya supaya jangan panik dan teruskan pemakanan seperti biasa. Apa pendapat akak?


Masalah peningkatan tahap kolesterol dalam kalangan wanita mengandung adalah satu perkara yang biasa. Akibat perubahan hormon dan metabolisme badan, tahap kolesterol dalam badan juga akan berubah. Untuk pengetahuan Pn Ani, akak juga mengalami masalah yang hampir serupa. Akak kini mengandung, baru masuk minggu ke 32. Walaupun banyak individu yang tidak menghiraukan masalah ini, namun begitu,akak berpendapat bahawa perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana masalah tahap kolesterol yang tidka terkawal boleh menyebabkan masalah darah tinggi dalam kalangan ibu-ibu mengandung yang boleh membawa kepada pelbagai masalah semasa melahirkan anak.

Sehingga kini tidak ada ubat atau 'supplement' yang dianggap selamat yang boleh direkomenkan kepada para wanita mengandung, jadi akak mengamalkan petua-petua berikut.


a) pengambilan makanan bervitamin C tinggi. Menurut kajian, vitamin C terbukti berkesan mengurangkan tahap kolesterol secara semulajadi. Bagi yang sedang mengamalkan pengambilan Vitamin C, akak nasihatkan agar teruskan, dan jika boleh, tingkatkan dos vitamin C dengan berpatutan dan bersesuaian. Selain itu, mungkin boleh amalkan pengambilan buah-buahan bervitamin C tinggi seperti jambu batu.


b) tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi contohnya: gandum dan beras perang.


c) lakukan senaman yang bersesuaian.


Mengatasi Masalah Alahan


Masalah alahan adalah masalah yang amat lumrah dalam kehidupan generasi kini. Sehingga kini akak belum terbaca apa-apa hasil kajian yang dapat membuktikan faktor sebenar penyebab masalah ini. Namun begitu fakta ini tidak menjadi kangkangan untuk akak membuat 'research' dan eksperimen sendiri untuk mencari penawarnya.

Akak kerap mendengar 'komplen' kenalan akak yang mengandung yang mengalami masalah alahan seperti masalah hidung berhingus, batuk, ezema (kulit mengelupas, gatal-gatal) dan beberapa lagi simtom yang sewaktu dengannya.. Ada orang yang mennamakan masalah tersebut sebagai masalah alahan mengandung. Keadaan ini berlaku kerana perubahan hormon dalam badan menyebabkan masalah alahan. Akak rasa tak perlulah akak terangkan dengan terlalu saintifik di sini. Tapi kalau pembaca berminat untuk mengetahui dengan lanjut, bolehlah email akak terus,ya.

Sebenarnya masalah alahan dalam kalangan orang dewasa dan kank-kanak tidak jauh bezanya. Kira macam abang-adik lah sebenarnya. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk meningkatkan daya ketahanan imuniti atau meningkatkan antibodi badan. Selain mengelakkan sumber alahan seperti makanan penyebab alahan atau bulu binatang peliharaan..dan sebagainya, berikut adalah langkah-langkah yang akak rekomenkan:

a) pengambilan Vitamin C pada dos yang bersesuaian (berkadaran dengan umur)

b) pengambilan kolostrum atau Transfer Factor

c) tingkatkan stamina badan dengan mengamalkan senaman yang sesuai

d) pengambilan makanan seimbang dan kurangkan minyak serta lemak dalam pemakanan seharian.

Thursday, October 21, 2010

Rahsia 'Chi' dalam badan

Wah.. gembiranya hati akak.. Sudah beberapa hari akak tak muntah-muntah.. Rasa-rasanya alahan akibat mengandung ni dah nak berakhir.. Sudah hampir 2 bulan dapur akak tak bekerja. Ha? Dapur akak boleh bekerja? Ialah.. akak tak larat nak masak sejak 'merana' akibat alahan . Bau minyak, bau bawang goreng bau goreng ikan, ikan bilis dan bau-bau yang sewaktu dengannya.. semuanya boleh buat akak jadi pening.. lepas tu jadi loya.. pastu .. imagine sendirilah..
Masuk dapur adalah, tapi cuma untuk menjerang air, buat susu untuk anak atau buat basuhan yang minima je.. Dulu akak lap meja dapur dari minyak, sejak dua bulan lalu, akak lap dapur cuma untuk buang habuk.. Ha ha ha.. kelakar,kan. Hai.. tapi akak tak usah risau dah sebab akak ada berita baik. Nak dengar?
Akak dah mulai masak- semalam. Ha?? Akak dah boleh tahan bau minyak? Ya, tanggal 20 October 2010, hari penuh keriangan dalam hidup akak sejak 2 bulan yang lalu. Akak dapat satu petua daripada seorang teman Cina akak. Sudah 3 hari akak mengamalkan minum sejenis sup herba 'sing seh'. Ini dia..(maaflah.. akak cuba cari image kat internet tapi tak jumpa)..
Soup herba ini dipercayai secara turun-temurun untuk meningkatkan 'chi'. 'Chi' dalam bahasa mandarin merangkumi daya fizikal, mental dan sekaligus meningkatkan daya konsentrasi. Wah.. sounds magical, right?
Nanti akak buat homework sikit. Akak akan post informasi tentang herba itu,k.

Friday, October 8, 2010

Apa? Mengidam .. ape? Tahi ayam????

Semasa berbual dengan seorang teman bulan yang lalu, akak terdengar adanya wanita mengandung yang mengidam tahi ayam. Eiskh.. Ada pula yang mengidam nak merasa bedak talkum. Pelik.. pelik.. Tapi kalau dah hormon meragam.. macam-macam boleh jadi,kan. Tak heran, orang kata... Cerita akak lain pula hari ini...

" Mummy.. Hari ni mummy muntah?" " Mummy nak muntah?" Itulah antara soalan yang sering diajukan oleh anak sulung akak kebelakangan ini. Hai.. sejak akak mula mengalami alahan sebulan dua yang lalu, tak sudah-sudah akak mencari petua untuk mengatasi masalah tersebut. Akak rasa akak dah cuba macam-macam. Mari akak kongsikan petua yang akak telah amalkan. Walaupun tidak mampu untuk mengatasi masalah tersebut secara 100%, namun sekurang-kurangnya boleh membantu. Inilah diari petua akak.. mengikut kronologi, kerana bagi kes akak, petua berbeza berkesan pada minggu-minggu berbeza..

1. HaliaAkak tumbuk halia and bancuhkan dengan air mendidih dan dibiarkan selama kira-kira 5 minit. Minum semasa masih panas.
2. Sejak minggu ke-10, paras tenaga yang rendah pada awal pagi memudaratkan lagi alahan semasa baru bangun tidur pada awal pagi. Akak ambil setengah dos multi vitamin (akak guna Obimin) sebelum tidur untuk mencukupkan tenaga bagi keesokan paginya.


3. LemonHa?? Makan LEMON??? Eiiihh.. masam nye.. Itulah reaksi akak pada mulanya. Tapi bagi mereka yang dah 'desperate', apa pun rasa nak cuba,kan.. Tanpa disangka, akak mula mengidam makan lemon pula.. Agak berkesan juga untuk membendung masalah muntah dan loya-loya..

Apakah petua lain yang anda tahu? Akak mengalu-alukan petua dari pembaca...

Thursday, October 7, 2010

Ke manakah adinda menghilang..

Akak dah menghilang.. lama juga.. Akak berperang dengan emosi dan perubahan fizikal yang tidak menentu sejak 1 bulan yang lalu.. Tapi... akak ada berita baik!!! Ha? Berita baik apa pulak,kak? Cuba tengok ni...


Ha..ha.. ha.. ucaplah tahniah .. ucaplah tahniah.. Terima kasih, terima kasih.. Akak sebenarnya ada kerisauan juga untuk mengandung. Ialah...masih segar dalam ingatan akak, betapa hebatnya akak 'melarat' kerana muntah-muntah, loya-loya, lemah anggota badan alahan yang berterusan sampai bulan ke-5 sewaktu akak mengandungkan anak yang pertama. Kali ini akak bertekad untuk melawan masalah ini. Tak ingin pisang berbuah dua kali.
Tanggal 10 Ogos adalah hari bersejarah apabila akak buat pregnancy test yang pertama untuk bulan itu. Ya.. it's planned. Syukur kepada Tuhan. Berkat Tuhan tiba pada bulan merdeka.
Merdaka! Merdeka! Merdeka..
(Tahukah anda berapa kali Bapa Kemerdekaan melaungkan 'Merdeka' di Stadium Merdeka 53 tahun yang lalu?) Cuba jawab, kalau betul ada hadiah misteri menanti anda...