Rakan Farmasi Anda
Monday, August 24, 2015
Ketagihan Gula?
Pernahkah terlintas dalam minda bahawa anda mungkin mengalami masalah ketagihan gula? Ketagihan rokok, coca-cola biasalah. Tapi ketagihan gula mungkin janggal, kan? Ketagihan gula ialah satu masalah yang besar kerana tabiat ini boleh membawa mudarat yang besar dalam hidup kita. Bermula dengan peningkatan berat badan dan kemudian diikuti oleh penyakit kencing manis. Oleh yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Jika anda was-was, akak sediakan satu siri soalan yang mungkin boleh memberi pencerahan ke atas masalah terlindung ini..
1. Anda teringin untuk makan walaupun anda sebenarnya tidak lapar. Cuma mengidam atau 'craving'.
2. Anda risau tentang keperluan anda untuk mengurangkan beberapa jenis makanan.
3. Anda berasa keletihan dan tidak bermaya akibat terlalu banyak makan.
4. Anda menghadapi masalah kesihatan atau masalah sosial (yang menjejaskan persekolahan dan pekerjaan) akibat isu pemakanan tetapi anda tetap dengan tabiat anda walaupun sedar akan kesan buruknya.
5. Anda perlu lebih banyak makanan yang anda idamkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi kepuasan diri atau bagi mengurangkan emosi yang negatif.
Monday, July 7, 2014
ALAHAN- Skandal Alat 21
Pernahkah anda terfikir mengapa masalah alahan begitu 'popular' dalam kalangan anak-anak kecil pada zaman ini? Setelah membuat 'research' peribadi, akhirnya akak mendapati satu perkara yang amat menggegarkan.
Setelah sekian lama akak mendengar tentang peringatan daripada beberapa sumber untuk mengelak daripada pengambilan makanan GMO, kini baru akak memahami kebenaran pernyataan tersebut. Begini ceritanya. GMO bermaksud 'Genetic Modified Organism', bermaksud Organisma (tumbuhan dan binatang) yang telah diubah secara genetik.
Berikut adalah beberapa kesan sampingan akibat pengambilan GMO:
1. Peningkatan alahan terhadap makanan yang amat dramatik sekali, samada terhadap makanan yang telah alah sebelum ini dan juga makanan yang tidak pernah alah sebelum ini.
2. Menyebabkan peningkatan toksik dalam badan yang membawa kepada kanser dan obesiti.
3. Kemandulan
4. Masalah penghadaman kerana makanan GMO merupakan tapak pembiakan bakteria dan virus yang hebat.
5. Kematian
Apa yang lebih menakutkan dalam 'research' akak ialah contoh makanan yang paling 'hebat' di-GMO-kan.
1. Jagung. Pelbagai makanan yang dihasilkan daripada jagung ialah seperti 'cornflakes', minyak jagung.
2. Soya.
3. Beras
4. Betik
5. Ubi kentang
6. Tomato...
Begitu menakutkan akak sebab itulah makanan yang 'popular' dalam kehidupan harian kita di Malaysia,kan? Seakan-akan makanan ruji kita pula. Patutlah masalah alahan begitu lumrah dalam kehidupan kita hari ini.
Tahukah anda
bahawa pengambilan 500- 2000mg Vitamin C sehari amat membantu kesihatan
golongan yang mempunyai cara hidup dibawah tekanan dan pengambilan Zink
pula boleh menghalang multiplikasi virus dalam badan kita?
Jadi
kalau saudara-saudari ingin mengelakkan diri daripada jangkitan virus
contohnya selesema, H1N1, HFM (Hand, Foot, Mouth) atau jangkitan yang
sewaktu dengannya, segeralah berkunjung ke farmasi terdekat anda
sekarang juga atau dapatkan 'offer' terbaru daripada Penang Apotek. So far akak rasa offer mereka bagus sekali. PM Penang Apotek untuk bertanya tentang ubat yang anda perlukan. Nescaya mereka akan carikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)