Selamat pagi semua.. Salam pagi Hari Rabu...
Nak tahu cerita akak pagi ni? Akak terjumpa satu artikel yang menarik untuk menguruskan badan, "Bernafas mengurangkan lemak badan", berkesan ke? Apa pendapat semua?
Masih ingat post akak yang lepas: Makin Stress Badan Makin Naik? Post kali ni akak nak kongsikan pula tentang rahsia mengurangkan tekanan. Biar akak senaraikan:
Masih ingat post akak yang lepas: Makin Stress Badan Makin Naik? Post kali ni akak nak kongsikan pula tentang rahsia mengurangkan tekanan. Biar akak senaraikan:
1) Bernafas dalam-dalam. Tarik nafas dalam-dalam, simpan oksigen dalam peparu selama 4 saat, kemudian lepaskan udara dari peparu perlahan-lahan selama 4 saat juga. Ulangi langkah-langkah ini sebanyak 4 kali dan buatlah sekerap mungkin dalam satu hari. Mungkin itu sebabnya banyak yang mudah terjerumus ke dalam amalan merokok apabila menghadapi tekanan. Kalau kita perhatikan betul-betul, orang yang merokok juga akan melakukan pernafasan sebegitu rupa.
2) Mengamalkan minum teh. Mulakan hari anda dengan teh, cuba elakkan kopi. Paling baik adalah teh hitam.
3) Berfikiran positif. Gunakan perkataan yang positif untuk menerangkan situasi yang seakan-akan mencabar. The power of Words!
4) Menggunakan kekuatan bauan yang merehatkan, contohnya bauan bunga ros.
5) Belajar untuk fokus kepada keadaan semasa untuk mengelakkan otak kita daripada melayang kepada masalah-masalah yang berada di luar jangkauan kita.
6) Meluahkan masalah yang membotol dalam hati ke atas kertas- kemarahan, kesangsian, ketakutan, kerisauan.. semuanya.. Jangan tinggalkan dan kumpulkan dalam hati. Nanti bersarang dan membiak dalam jiwa.
7) Tukar keadaan persekitaran: tempat kerja atau bilik tidur atau bilik tamu. Tambahkan bahan perhiasan atau lekatkan gambar orang yang tersayang di kubikel tempat bekerja dan sebagainya..
Bagaimana pula anda menguruskan tekanan anda? Cubalah kongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment