Monday, February 14, 2011

Bayi Menguak?

Bayi menguak? Apa pula tu? Akak Farmasi ni.. awal-awal pagi dah bincang benda pelik-pelik... Ha ha ha.. akak terkenang seorang kenalan akak yang memberitahu akak bahawa dia nak bagi newborn-nya minum susu soya sebab susu ibu tak cukup supply untuk anaknya yang kuat minum. Dia kata susu lembu untuk lembu, susu kambing untuk kambing, kalau dah tak cukup susu ibu, dia nak bagi susu soya rumusan khas untuk newborn.


Akak pun terfikir.. kalau kita bagi susu lembu kat anak-anak, patutlah anak-anak kita sikap pun macam sebiji lembu lepas tu.. Nasib baik akak menyusu anak akak yang sulong tu sampai 1 1/2 tahun. Sekurang-kurangnya boleh kurangkan risiko bayi menguak..atau mengembik.

Sebenarnya akak selalu juga mendengar keluhan ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu. Selalunya masalah begini dihadapi oleh golongan ibu-ibu yang bekerja sepenuh masa. Keletihan akibat kekurangan rehat yang mencukupi adalah 'culprit'nya. Masalah ini ditambahkan lagi dengan proses mengepam susu ibu (kekurangan stimulasi dari penyusuan secara terus oleh bayi) yang juga merupakan faktor mengurangkan penghasilan susu ibu.

Bagi ibu-ibu yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menambah penghasilan susu badan tetapi masih gagal mendapat hasil yang memuaskan, akak rekomenkan sejenis makanan tambahan (supplement) untuk para ibu. Herba 'rasberry' adalah sejenis herba yang boleh para ibu cuba. Sebenarnya terdapat beberapa jenis lagi 'supplement' yang boleh membantu, tetapi di Malaysia, akak cuma menjumpai herba 'daun rasberry' dalam bentuk kapsul yang dijual di farmasi.

Akak sudah rekomenkan 'supplement' ini kepada beberapa ibu yang menyusu dan mereka rata-rata bersetuju bahawa herba ini telah membantu meningkatkan penghasilan susu badan sehingga 60% dalam masa 2 minggu! Wah..terbukti berkesan,kan?

Akak rasa kalau masalah 'milk supply' para ibu yang menyusu badan boleh dibendung, maka masalah bayi menguak dan bayi mengembik pasti boleh dikurangkan, kan? Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment