Monday, February 7, 2011

Petua Mengurangkan Kolestrol


Akak terima sepucuk email daripada kenalan akak akhir-akhir ini. Begitu pengakuannya:


Sebulan yang lepas Ani (bukan nama sebenar)diminta oleh doktor wanita akak untuk melakukan ujian darah. Katanya itu adalah satu prosedur yang wajib dilakukan oleh para wanita mengandung. Saya kini mengandung minggu ke-25. Alhamdullilah, sehingga kini cuma masalah orang mengandung yang biasa-biasa saja: letih, muntah-muntah..(cuma 4 - 5 bulan pertama je, kira oklah tu,kan..) Lepas dapat keputusan darah tersebut, saya mendapati tahap kolesterol saya cukup tinggi. Terlalu tinggi..hampir dua kali ganda tahap kolesterol normal. Doktor wanita saya cuma menenangkan saya supaya jangan panik dan teruskan pemakanan seperti biasa. Apa pendapat akak?


Masalah peningkatan tahap kolesterol dalam kalangan wanita mengandung adalah satu perkara yang biasa. Akibat perubahan hormon dan metabolisme badan, tahap kolesterol dalam badan juga akan berubah. Untuk pengetahuan Pn Ani, akak juga mengalami masalah yang hampir serupa. Akak kini mengandung, baru masuk minggu ke 32. Walaupun banyak individu yang tidak menghiraukan masalah ini, namun begitu,akak berpendapat bahawa perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana masalah tahap kolesterol yang tidka terkawal boleh menyebabkan masalah darah tinggi dalam kalangan ibu-ibu mengandung yang boleh membawa kepada pelbagai masalah semasa melahirkan anak.

Sehingga kini tidak ada ubat atau 'supplement' yang dianggap selamat yang boleh direkomenkan kepada para wanita mengandung, jadi akak mengamalkan petua-petua berikut.


a) pengambilan makanan bervitamin C tinggi. Menurut kajian, vitamin C terbukti berkesan mengurangkan tahap kolesterol secara semulajadi. Bagi yang sedang mengamalkan pengambilan Vitamin C, akak nasihatkan agar teruskan, dan jika boleh, tingkatkan dos vitamin C dengan berpatutan dan bersesuaian. Selain itu, mungkin boleh amalkan pengambilan buah-buahan bervitamin C tinggi seperti jambu batu.


b) tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi contohnya: gandum dan beras perang.


c) lakukan senaman yang bersesuaian.


No comments:

Post a Comment