Monday, July 7, 2014

ALAHAN- Skandal Alat 21


Pernahkah anda terfikir mengapa masalah alahan begitu 'popular' dalam kalangan anak-anak kecil pada zaman ini?  Setelah membuat 'research' peribadi, akhirnya akak mendapati satu perkara yang amat menggegarkan. 
Setelah sekian lama akak mendengar tentang peringatan daripada beberapa sumber untuk mengelak daripada pengambilan makanan GMO, kini baru akak memahami kebenaran pernyataan tersebut.  Begini ceritanya. GMO bermaksud 'Genetic Modified Organism', bermaksud Organisma (tumbuhan dan binatang) yang telah diubah secara genetik. 
Berikut adalah beberapa kesan sampingan akibat pengambilan GMO:
1. Peningkatan alahan terhadap makanan yang amat dramatik sekali, samada terhadap makanan yang telah alah sebelum ini dan juga makanan yang tidak pernah alah sebelum ini.
2. Menyebabkan peningkatan toksik dalam badan yang membawa kepada kanser dan obesiti.
3. Kemandulan
4. Masalah penghadaman kerana makanan GMO merupakan tapak pembiakan bakteria dan virus yang hebat.
5. Kematian

Apa yang lebih menakutkan dalam 'research' akak ialah  contoh makanan yang paling 'hebat' di-GMO-kan.
1. Jagung.  Pelbagai makanan yang dihasilkan daripada jagung ialah seperti 'cornflakes', minyak jagung.
2. Soya.
3. Beras
4. Betik
5. Ubi kentang
6. Tomato...

Begitu menakutkan akak sebab itulah makanan yang 'popular' dalam kehidupan harian kita di Malaysia,kan?  Seakan-akan makanan ruji kita pula.  Patutlah masalah alahan begitu lumrah dalam kehidupan kita hari ini. 
Tahukah anda bahawa pengambilan 500- 2000mg Vitamin C sehari amat membantu kesihatan golongan yang mempunyai cara hidup dibawah tekanan dan pengambilan Zink pula boleh menghalang multiplikasi virus dalam badan kita?
Jadi kalau saudara-saudari ingin mengelakkan diri daripada jangkitan virus contohnya selesema, H1N1, HFM (Hand, Foot, Mouth) atau jangkitan yang sewaktu dengannya, segeralah berkunjung ke farmasi terdekat anda sekarang juga atau dapatkan 'offer' terbaru daripada Penang Apotek.  So far akak rasa offer mereka bagus sekali.  PM Penang Apotek untuk bertanya tentang ubat yang anda perlukan.  Nescaya mereka akan carikan.

No comments:

Post a Comment