Monday, August 24, 2015

Ketagihan Gula?


Pernahkah terlintas dalam minda bahawa anda mungkin mengalami masalah ketagihan gula? Ketagihan rokok, coca-cola biasalah. Tapi ketagihan gula mungkin janggal, kan? Ketagihan gula ialah satu masalah yang besar kerana tabiat ini boleh membawa mudarat yang besar dalam hidup kita.  Bermula dengan peningkatan berat badan dan kemudian diikuti oleh penyakit kencing manis.  Oleh yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang ringan. Jika anda was-was, akak sediakan satu siri soalan yang mungkin boleh memberi pencerahan ke atas masalah terlindung ini..
1.  Anda teringin untuk makan walaupun anda sebenarnya tidak lapar. Cuma mengidam atau 'craving'.
2.  Anda risau tentang keperluan anda untuk mengurangkan beberapa jenis makanan.
3.  Anda berasa keletihan dan tidak bermaya akibat terlalu banyak makan.
4.  Anda menghadapi masalah kesihatan atau masalah sosial (yang menjejaskan persekolahan dan pekerjaan) akibat isu pemakanan tetapi anda tetap dengan tabiat anda walaupun sedar akan kesan buruknya.
5.  Anda perlu lebih banyak makanan yang anda idamkan dari semasa ke semasa untuk memenuhi kepuasan diri atau bagi mengurangkan emosi yang negatif.



No comments:

Post a Comment