Akak baru selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah.. ibu dan anak sihat-sihat sahaja. Akak baru balik dari hospital semalam. Tengah dalam pantang. Sempat lagi ber-blogging.
Beberapa hari ni, kerja akak cuma rehat dan 'buat' susu untuk si manja. Akak adalah penyokong setia susu badan. Dulu untuk anak akak yang pertama pun akak bagi susu badan tapi dulu akak tak berpengalaman lagi. Susah nak hasilkan susu yang cukup untuk anak akak yang pertama. Lagipun waktu tu akak tidak sangka kena buat pembedahan (ceaserean section). Jadi lepas bersalin, rasa murung sikit dan tidak bersedia untuk menghadapi kesan-kesan akibat pembedahan. Akhirnya masalah kecil semasa menyusu dan berpantang pun boleh menjadi kebimbangan dan kerisauan. To think back, akak rasa macam bodoh saja dengan gangguan emosi pada waktu tu.
Tapi untuk kali ini, akak lebih bersedia dengan segala yang akan berlaku..dari wad bersalin sampailah waktu berpantang dan menyusu. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar so far.. Learn to take things easy. Akak amat bertuah, suami akak hadiahkan satu hadiah yang paling praktikal dan berharga untuk akak dan anak. Akak dapat sebuah mesin pam susu jenis 'Spektra 3'!!
Dengan adanya mesin ini, sejak hari pertama (hari ni dah masuk hari ke-5 bersalin) sampai kini, akak tidak menghadapi masalah pembengkakan susu (milk engorgement). Dulu akak selalu menghadapi masalah ini..selang dua tiga hari, bengkak..dua tiga hari..bengkak. Sampai akak hampir putus asa nak menyusu. Pemilihan pam susu yang sesuai dan baik amatlah penting...
Kalau puan-puan berminat untuk mendapatkan pam susu Spectra 3, sila hubungi akak. Nanti akak bagi harga istimewa,k.. (slimmingbeauti@gmail.com). Stok terhad, siapa cepat, dia dapat!
No comments:
Post a Comment