Penyakit Alaf 21?. Apa bende tu? Penyakit Kelamin, penyakit angau, penyakit cinta pernah dengar, yang ni tak pernah pula. Hai Akak Farmasi ni.. selalu guna tajuk cerita yang pelik-pelik,kan? Apa pula dengan cerita hari Sabtu ni,kan..
Kini akibat ekonomi yang tidak memberangsangkan, kehidupan semakin tertekan. Tugasan berlipat-ganda, tanggungjawab bertambah, walaupun gaji naik tak seberapa, malah ada pula yang tak naik langsung!! Mahu tidak mahu, waktu bekerja terpaksa dipanjangkan, kalau boleh balik ke rumah pun, tugasan pun ikut sekali masuk kereta, balik ke rumah bersama tuannya. Tak kurang pula yang terpaksa membuat pekerjaan kedua (second job). Banyak teman akak yang mengajar kelas tambahan untuk mencukupkan kewangan bagi menampung perbelanjaan bulanan yang semakin meningkat akibat inflasi. Kehidupan yang semakin menekan telah membawa kepada pelbagai penyakit 'misteri'. Semuanya akibat tekanan harian yang tidak terkawal.
Kesan paling ketara yang akak boleh lihat pada golongan ini adalah seperti berikut :
a) masalah libido.. ehm.. bagi yang ni.. 18SX.. Yang dah berumah tangga fahamlah, ya. Susah nak ini, susah nak itu.. Isteri selalu complain sakit kepala, suami tidak mampu ber...ehem ehem..
b) masalah kegemukan.. Kerja banyak, tidur kurang, makan pun kurang tapi badan masih naik.
c) masalah kulit kering dan kekadang gatal tak menentu. Sampai kekadang tidur tak lena.
d) migrain. Masalah sakit kepala yang mudarat yang boleh berlarutan sampai 24 jam
...and the list goes on and on and on...
Senarai yang tersebut di atas cuma senarai yang meliputi kesan yang ketara, yang dapat dilihat dalam jangka masa pendek, belum lagi senarai yang akak kumpulkan untuk kesan-kesan yang tidak ketara dalam jangka masa yang pendek, tetapi kesan kronik yang akan memudaratkan kesihatan dengan teruk sekali untuk jangka masa panjang. Senarai yang satu lagi akak 'reserve' untuk post-post yang akan datang...
Akak akan bincangkan setiap masalah ini dengan terperinci dalam post yang akan datang. Nantikan post akak,k.
Soalan untuk pembaca: Adakah anda mengalami mana-mana satu daripada masalah yang akak senaraikan di atas? Bagaimana anda menyelesaikan masalah tersebut? Mungkin boleh kongsikan untuk tatapan semua.

No comments:
Post a Comment