Hai, selamat tengahari. Seperti yang dijanjikan akak semalam, hari ini akak akan berkongsi sedikit tips yang boleh kita gunakan semasa mengalami demam 'berpakej'. Akak pernah terima satu email. Biar akak 'bacakan' email nya...
Helo Akak,
anak saya berumur 2 tahun dan dia mudah mengalami masalah hidung berhingus, batuk-batuk dan kadang-kala diikuti oleh demam panas. Boleh dikatakan setiap bulan dia pasti akan mengalami masalah ini sekali. Doktor akan memberi anak saya ubat antibiotik dan ubat batuk dan selesema setiap kali lawatan. Doktor mengatakan bahawa anak saya terkena jangkitan. Kami suami isteri yang bekerja dan kami tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak saya ke pusat jagaan harian. Untuk pengetahuan akak, doktor pernah mengesahkan bahawa anak saya mengalami alahan. Adakah masalah jatuh sakit anak saya yang berulang-ulang itu mempunyai kaitan dengan masalah alahannya? Apakah nasihat akak untuk masalah anak saya. Apakah tips yang mungkin kami boleh gunakan untuk membendung masalah yang berlarutan ini? Terima kasih..
Akak namakan masalah ini sebagai demam berpakej kerana demam sebegini adalah demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria yang membawa kepada masalah batuk berkahak, kekadang kahak kuning, kekadang hijau. Keadaan ini diburukkan lagi dengan masalah alahan yang dipunyai oleh si manja.
Kebanyakan kanak-kanak generasi ini mengalami masalah 'alergy' atau alahan, baik serius mahupun kurang serius. Anak akak sendiri juga mengalami masalah alahan, tetapi dengan car pengurusan yang betul, masalah alahan akan berada di bawah tahap terkawal dan tidak memudaratkan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah alahan seringkali ditimpa masalah hidung berhingus (running nose). Hingus adalah 'rumah' untuk bakteria yang paling selesa. Peringkat jangkitan selalunya bermula dengan alahan yang menyebabkan rembesan lendir dari kalenjar lendir yabng terletak di bahagian atas batang hidung. Lendir biasanya akan terkumpul di pangkal lubang hidung dan kerongkong. Lendir yang terkumpul akan menyebabkan kegatalan kerongkong dan menyebabkan batuk-batuk. Macam anak akak, kekadang terbatuk sampai termuntah-muntah.. Hai.. itulah masalah paling menakutkan akak. Ialah.. kena cuci sarung bantal, sarung katil.. kekedang sampai katil sekali akak kena cuci.. Dah lah letih berjaga malam, siang hari kena membuat kerja-kerja mencuci pula..
Sekiranya langkah-langkah tidak diambil untuk mengawal rembesan lendir, bakteria akan mula menjadikan lendir yang terkumpul di kedua-dua tempat itu sebagai rumah mereka. Kamu akan perasan lendir yang jernih akan mula bertukar warna menjadi kuning dan jika tidak dikawal dengan baik, akan bertukar menjadi hijau. Biasanya demam panas akan mula menyerang si manja apabila lendir menjadi kuning atau hijau. Jadi berikut adalah tips yang akak gunakan untuk membantu anak akak semasa masalah begini melanda..
1) Sentiasa sediakan sebotol ubat 'antihistamine' iaitu ubat anti alahan. Berikan si manja ubat alahan sebaik sahaja si manja mengalami hidung berhingus yang berlarutan lebih daripada 12 jam atau satu hari. Ubat ini akan membantu memberhentikan rembesan hingus. Selain menggunakan ubat, bantu si manja untuk 'blow the nose' untuk membersihkan hingus dari saluran pernafasan. Bagi bayi-bayi kecil, petua orang tua-tua yang mujarab ialah dengan menyedut hingusan dari lubang hidung bayi menggunakan mulut. Eikh.. geli nya.. Ha ha ha.. ini yang paling menggelakkan.. Akak belajar petua ini daripada ibu mertua akak. Mula-mula akak rasa agak geli juga, tapi lepas dua tiga kali dan mendapati keperluan 'kebolehan' ini, akak pun mula jadi lali.. Tapi kini kat 'market' ada pelbagai alatan yang boleh membantu..
2) Jangan lupa untuk meningkatkan antibodi si manja dengan menggunakan Vitamin C berdos tinggi pada waktu ini. Sila baca post akak yang lalu tentang kegunanan Vitamin C.
3) Jika rembesan sudah dikawal tetapi batuk masih berlarutan, baru diberikan ubat anti alahan bersama dengan ubat batuk.
4) Sekiranya batuk berlarutan dan mula menjadi demam, kenalah gunakan antibiotik. Namun sekiranya langkah 1-3 diamalkan dengan sempurna dan bersesuaian, biasanya masalah demam jarang akan berlaku.
Akak ingin ingatkan bahawa setiap tips yang akak kongsikan sekadar tips, bukan cara muktamad. Amalkan dengan penuh bijaksana dan dengan nasihat doktor atau ahli farmasi berdekatan anda.

No comments:
Post a Comment