Akak terima satu panggilan dua hari yang lepas daripada seorang ibu yang keresahan...
Si ibu: Akak free tak? Akak: Ya. Apa boleh akak bantu,ya? Si ibu: Ehmm.. anak saya berumur 3 bulan dan sejak 2 minggu yang lalu kulit pipinya menjadi merah-merah, bertukar kering dan mengelupas selepas beberapa hari.. Doktor beri anak saya 'steroid' krim and krim biasa. Selepas 5 hari menggunakan krim-krim tersebut, kulitnya pulih. Tapi dua hari yang lalu masalah kulit pada pipinya kembali semula.. mengapa ini berlaku,ya?
Setelah beberapa lama bercakap, Akak juga mendapat tahu daripada si ibu bahawa si ibu dan si bapa bayi ini juga mengalami masalah alahan. Menurut kajian, bayi memiliki 75% risiko mengalami alahan sekiranya kedua-dua ibu dan bapa bayi memiliki masalah alahan. Dalam kes ini, kemungkinan besar si bayi ini mengalami masalah alahan.
Apa?? Kemungkinan besar? Kenapa bukan confirm, kak? Ehmmm...akak cuma boleh komen...'kemungkinan besar'.. ialah, akak diagnose dengan soal-jawab saja, bukannya ada lihat dengan mata kepala akak sendiri keadaan bayi tu. Kalau bawa kat doktor sekalipun, doktor pun tak boleh nak confirm, inikan pula akak yang cuma rakan farmasi. Akak cakap ikut pengalaman, sebab anak akak pun pernah mengalami masalah ezema waktu dia berumur 6 bulan. Sebenarnya masalah alahan bukan sahaja akan dimanifestasikan dalam satu cara , kekadang pada masalah kulit (ezema), kekadang juga dalam bentuk asma, masalah hidung berhingus terutamanya yang berlaku pada awal pagi (sinus) dan sebagainya..
Akak betul-betul faham kerisauan si ibu yang baru menelefon akak tempoh hari. Setiap ibu dan bapa yang memahami kebenaran tentang masalah alahan akan tahu bahawa alahan bukanlah sesuatu masalah yang boleh diselesaikan dengan sekali berubat dan akan terus pergi selama-lamanya..
Tahukah anda bahawa masalah alahan yang dikesan sejak kecil perlulah dikawal dan diurus dengan sebaik mungkin? Sekiranya tidak dikawal dengan berhati-hati, masalah alahan akan menjadi mudarat dan dalam kebanyakan kes akan menyumbang kepada pelbagai masalah contohnya asma atau dalam bahasa sains.. banyak istilah yang digunakan, contohnya.. bronkitis, pneumonia.. dan macam-macam lagi. Ada seorang anak teman akak yang mengalami masalah ezema yang amat teruk sekali. Kini sudah berumur 12 tahun, dan kulit badan and anggota badan mengelupas teruk sekali, terutamanya semasa tiba waktu-waktu peperiksaan (waktu-waktu tekanan hidup yang tinggi). Lebih memudaratkan masalah, segelintir
Untuk bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, beberapa perkara yang boleh akak rekomenkan. Sebelum akak rekomenkan tips, biar akak terangkan beberapa kebenaran tentang alahan:
a) alahan tidak berjangkit, cuma boleh diturunkan secara genetik. Daripada si ibu dan ayah kepada si anak.
b) alahan tidak boleh diubati, tetapi boleh dikawal
c) alahan boleh dikawal hanya dengan meningkatkan tahap antibodi diri, dan mengalihkan faktor alahan, contohnya habuk, makanan yang menyebabkan alahan dan tidur yang cukup.
Berikut adalah tips-tips untuk mengawal masalah alahan:
a) bagi bayi di bawah umur 6 bulan, berikan susu ibu sepenuhnya. Bagi ibu-ibu yang menyusu, pastikan anda mendapat khasiat yang secukupnya, contohnya protein, vitamin C, colostrum. Ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.. Sama saja dengan iklan susu lembu.. Lembu yang sihat menghasilkan susu yang berkualiti,kan. Teorinya sama je.
b) bagi bayi lebih daripada 6 bulan yang sudah mula mengambil makanan 'solid', mungkin boleh tambahkan beberapa jenis bahan supplement tambahan dalam gizi si manja. Ada banyak produk dalam pasaran, tapi yang akak gunakan untuk anak akak ialah : Multi vitamin dengan minyak ikan kod, Barley Green dan Imugen (sejenis colostrum tulen).
Dalam post yang seterusnya akak akan terangkan khasiat barley green dan colostrum, ya.. Akak kena pergi berhenti di sini dulu,ya. Sorry.. akak akan benda nak buat sikit. Jumpa lagi di lain lembaran.. Bye!!!
Kongsikan dengan akak.. bagaimana anda membantu si manja yang mengalami masalah alahan?
Nanti akak akan tambahkan post tentang khasiat barley green dan colostrum,ya. Sorry.. akak ada terlalu banyak untuk ditulis tentang topic ni.. Nantikan post akak yang terbaru. Harap bersabar.
ReplyDelete