ED? ..ehm.. mati pucuk.. tidak mampu ..ehmm..Oh.. faham,kan? Istilah yang semakin 'popular' tetapi tidak digemari oleh semua. Ramai pengguna mudah mencari penyelesaian yang singkat untuk mengubati masalah ED tanpa mengetahui bahawa kesukaran untuk melakukan hubungan intim bersama temannya mungkin bukan sekadar ED. Hari-hari akak berjumpa dengan banyak pelanggan yang sekadar berminat untuk menyelesaikan masalah ED dengan cara tersingkat, cepat dan mudah.
Bagi yang mengalami masalah ini pada usia seawal 30-an dan 40-an atau erti kata lain ..bagi yang memerlukan bantuan Viagra/ Levitra/ Cialis, akak sarankan agar berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan diabetes dan darah tinggi. Menurut kajian saintifik, doktor pakar telah mengesahkan kaitan yang amat rapat di antara masalah 'ED' dengan masalah kencing manis dan darah tinggi.
Sila layari laman web ini untuk keterangan lebih lanjut tentang kajian yang akak sarankan tadi.
No comments:
Post a Comment