Monday, July 26, 2010

Minum susu boleh menyebabkan kerosakan tulang dan gigi??

Apa?? Protein membaham kalsium? Maksudnya minum susu dan makan daging pun boleh merosakkan tulang?


Sudah menjadi kebiasaan, pengguna selalu berpendapat bahawa kita perlu makan daging yang banyak untuk mendapat protin yang cukup dan minum susu dengan banyak untuk mendapat kalsium bagi mengelakkan masalah osteoporosis (tulang rapuh).
Cuba pertimbangkan, negara yang mencatatkan pengambilan bahan tenusu seperti Amerika, Sweden, Eskimo dan Finland mempunyai masalah tulang rapuh dalam kalangan wanita yang paling tinggi. Sebaliknya, masalah ini agak terkawal di negara China, walaupun mereka mengambil makanan berkandungan tenusu yang amat rendah.
Keadaan ini berlaku kerana golongan yang mengambil daging dan bahan tenusu mengambil kandungan protin yang terlalu tinggi, biasanya 2 atau 3 kali daripada jumlah keperluan badan. Oleh yang demikian, keperluan kalsium dan mineral lain dalam badan diperlukan untuk mengumuhkan protin berlebihan yang terdapat dalam badan.
Satu kajian dilakukan terhadap 2 golongan pengguna:
Responden A: 1400mg Kalsium + 150 gm protin
Responden B: 400mg Kalsium + 50gm protin
Pada akhir kajian,
Responden A menunjukkan -65 unit Kalsium dalam badan manakala Responden B menunjukkan +31 unit Kalsium dalam badan.

Masalahnya ialah pengambilan protin binatang. Kajian menunjukkan bahawa protin daripada sumber bukan haiwan memiliki kebaikan kesihatan yang ketara. Jadi jawapan terhadap pengurangan masalah osteoporosis bukanlah dengan mengambil banyak bahan tenusu, tetapi mengurangkan protin binatang melalui pemakanan bernutrisi yang menitikberatkan buah-buahan, sayur-sayuran (terutamanya sawi bunga), bujirin dan kekacang.
Sekiranya anda ingin mendapatkan khasiat kalsium yang sebenar melalui susu yang anda minum, pilihlah susu tepung berkalsium tinggi.



Jika anda rasa artikel ini bermanfat terhadap kesihatan anda, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda...Terima Kasih..




No comments:

Post a Comment