Sebut saja nama Angelina Jolie, atau Bradgelina..banyak yang tersenyum tidak kurang juga yang mengutuk. Begitulah ragam manusia. Kita tidak dapat memuaskan hati setiap insan. Setiap insan punya penerimaan dan pendapat berbeza, baik dari segi pemilihan warna tuala mandi hinggalah pasangan hidup. Semasa akak sibuk melayari internet tempoh hari, akak terbaca satu website tentang tayangan primer Salt yang dibintangi oleh celebrity popular: Angeline Jolie.
Banyak yang memberi komen tentang bentuk badan Angelina yang terlalu kurus melidi. Kadang-kala akak pun kurang faham dengan 'trend' masa kini yang mengagung-agungkan bentuk badan yang melidi seperti ini. Akak tak salahkan orangnya, apatah lagi si golongan designer yang mempopularkan 'trend' begini dalam masyarakat dunia tapi akak berpendapat bahawa menguruskan badan perlu kena caranya. Ada tips-tips amat penting dan perlu dititikberatkan semasa ber'diet' untuk mengelakkan masalah kesihatan yang memudaratkan pada kemudian hari.
Pernah tak anda dengar cara menguruskan badan cara Hollywood? Caranya cepat dan berkesan untuk jangka masa yang singkat.
Banyak golongan remaja perempuan yang mengamalkan 'diet' yang akak bagi nama: 'diet' lampu merah. Mengapa akak kata lampu merah? Sebab mereka akan memberhentikan semua pengambilan makanan berkarbohidrat, protein (berdaging) dan minyak sekali gus. Inilah cara menguruskan badan yang dianggap paling murah untuk jangka masa yang pendek dan pengamalnya adalah banyak sekali di sekitar kita. Untuk jangka masa yang panjang, ini adalah amalan diet yang paling merbahaya.. mari akak kongsikan sebabnya:Banyak yang memberi komen tentang bentuk badan Angelina yang terlalu kurus melidi. Kadang-kala akak pun kurang faham dengan 'trend' masa kini yang mengagung-agungkan bentuk badan yang melidi seperti ini. Akak tak salahkan orangnya, apatah lagi si golongan designer yang mempopularkan 'trend' begini dalam masyarakat dunia tapi akak berpendapat bahawa menguruskan badan perlu kena caranya. Ada tips-tips amat penting dan perlu dititikberatkan semasa ber'diet' untuk mengelakkan masalah kesihatan yang memudaratkan pada kemudian hari.
Pernah tak anda dengar cara menguruskan badan cara Hollywood? Caranya cepat dan berkesan untuk jangka masa yang singkat.
Badan manusia memerlukan kandungan minyak dalam pemakanan kita untuk melarutkan vitamin A, D, E dan K. Kegagalan mengambil makanan tanpa minyak akan menyebabkan badan kita kekurangan vitamin A yang amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat. Akibatnya, badan akan mudah jatuh sakit. Daya penglihatan juga akan menjadi lemah.
Kekurangan vitamin D pula akan menyebabkan kekurangan kandungan Kalsium dalam badan kerana kehadiran vitamin D amat penting untuk penyerapan Kalsium dalam badan. Ini adalah berita buruk untuk golongan wanita kerana golongan wanita yang sememangnya menghadapi risiko masalah 'osteoporosis' dan mereka yang mengamalkan program 'diet' cara lampu merah akan menghadapi risiko berlipat ganda terutamanya pada usia tua.
Kekurangan vitamin E pula akan menjejaskan kesihatan kulit dan kekurangan vitamin K akan menyebabkan masalah pendarahan, samada dalaman atau luaran.
Kuruskan badan cara sihat. All the best!
No comments:
Post a Comment